logo

Wednesday 23rd of April 2014

School Resource Centres / Pusat Sumber Sekolah (PSS) Umum Sejarah Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Sejarah Pusat Sumber Sekolah Malaysia PDF Print Email
Written by Fadzliaton Zainudin   


ditulis oleh:

Fadzliaton Zainudin


Pusat Sumber Sekolah yang merupakan gedung ilmu mempunyai sejarah menarik dan panjang. Pusat Sumber Sekolah bermula dengan nama “khutub khanah”, yang diwujudkan oleh penjajah Inggeris sejak awal abad ke-19, hanya merupakan satu sudut buku dalam bilik darjah. Secara amnya keadaan khutub khanah di sekolah Inggeris adalah jauh lebih baik daripada Sekolah Aliran Melayu. Namun begitu tujuan utama “khutub khanah” bukanlah menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

 

pss

 

Apabila saiz koleksi buku di “khutub khanah” meningkat dan memerlukan ruang yang jauh lebih besar, nama “khutub khanah” didapati tidak lagi sesuai dan digantikan dengan “perpustakaan”. “Perpustakaan” pula lebih merupakan satu tempat di mana terdapat koleksi buku bagi memenuhi keperluan pembacaan di samping pembangunan pendidikan dan bahasa murid.

 

Perpustakaan sekolah mula diberi perhatian pada tahun 1960an setelah adanya cadangan-cadangan daripada Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu (1962) dan penerbitan Manual Perpustakaan Sekolah (School Library Manual) yang disediakan oleh Puan Margaret Walker pada tahun 1964 untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antaranya:

  • Koleksi buku dan bahan diletakkan di sebuah bilik khas yang dipanggil “Perpustakaan Sekolah”.
  • Guru Perpustakaan diberi latihan pengurusan perpustakaan selama setahun di institusi yang diperakui.
  • Tiga jenis akhbar disediakan di perpustakaan sekolah setiap hari.
  • Nisbah buku dengan murid ialah 1:10.

Usaha KPM mendapatkan khidmat beberapa pustakawan Amerika menunjukkan keperihatinan terhadap pembangunan perpustakaan sekolah dan cadangan penambahbaikan tersebut dilaksanakan secara progresif.

 

Pada tahun 1967, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1967 telah diwartakan bagi mengurangkan beban tugas Guru Perpustakaan. Selain itu, kursus pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mula diperkenalkan. Pada tahun yang sama juga, Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Buku Teks, KPM sehingga tahun 1973. Selepas itu, pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM.

 

Penubuhan Unit Perpustakaan Sekolah secara keseluruhannya telah membawa kesan yang mendalam terhadap pembangunan perpustakaan sekolah. Menyedari hakikat bahawa perpustakaan sekolah memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa tindakan telah diambil, antaranya:

  • Pada tahun 1974, geran per kapita (PG) perpustakaan sekolah mula diperkenalkan bagi tujuan pembinaan koleksi.
  • Sains Perpustakaan diintegrasi sebagai salah satu mata pelajaran dalam silibus di maktab perguruan.
  • Pada tahun 1979, kursus satu tahun untuk Guru Perpustakaan di perkenalkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
  • Surat Pekeliling bagi memastikan terdapat ruang atau bilik disediakan bagi mewujudkan sebuah perpustakaan sekolah diedarkan.
  • Kursus Pengurusan Perpustakaan Sekolah 35 jam dan 45 jam diperkenalkan.
  • Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Kebangsaan dan tujuh (7) Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri diwujudkan.

 

Perkembangan pesat perpustakaan sekolah dimantapkan lagi dengan penerbitan Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (Blueprint For School Library In Malaysia) pada tahun 1979. Rancangan Pembangunan ini telah menggariskan beberapa asas kepada perolehan bahan bacaan, kemudahan fizikal, sumber manusia, pengurusan dan penggunaan.

 

Pada tahun 1980an, perubahan trend dalam bidang teknologi pendidikan telah meningkatkan penggunaan bahan alat pandang dengar dalam P&P. Bilik Alat Pandang Dengar telah diwujudkan bagi mengurus bahan-bahan tersebut. Seterusnya, pada 1 Mac 1983, KPM telah mengarahkan pertukaran nama Perpustakaan Sekolah kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi mencerminkan penggabungan perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar di sekolah.  Arahan ini telah melahirkan Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan dan seterusnya pembangunan semua Pusat Sumber Sekolah terletak di bawah tanggung jawab Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM mulai 1988.

 

Selain itu, rangkaian pusat sumber pendidikan mula diwujudkan. Empat (4) Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) iaitu di Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan telah dibina pada tahun 1981-1983, dan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1980an. Kini semua negeri telah menubuhkan PSPN - sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan bilangan PKG telah meningkat kepada 368 buah. Antara fungsi utama adalah untuk memantau pelaksanaan program PSS dan teknologi pendidikan di peringkat negeri dan zon/daerah.

 

Pada tahun 2000, KPM telah melancarkan Tahun PSS (Surat Pekeliling Bil. 10/2000 bertarikh 20 April 2000). Tujuan utama Surat Pekeliling ini adalah untuk menyedar dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaik taraf PSS.  Ini adalah susulan daripada salah satu resolusi yang dibuat di Persidangan PSS Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999. Pada tahun 2000 juga, program Khidmat Bantu PSS dan Anugerah PSS Cemerlang julung-julung kali diadakan.



Sumber:

Abd. Rehim b. Abd. Rehman. “Sejarah Pusat Sumber Sekolah di Semenanjung Malaysia 1800-1995.” Diss. University of Malaya, 1998. Print.

 

Fatimah Jusoh. “School libraries in Malaysia.” School libraries for a knowledge society, Proceedings of the 31st. IASL Annual Conference and 6th International Forum on research in school librarianship, 5-9 August, Petaling Jaya, Malaysia. Singh, D et al (Eds.). Web. 5 February 2010.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN): Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Print.

 

Blueprint for school library development in Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Perpustakaan Malaysia. 1979. Print.

 

e-Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1478
mod_vvisit_counterSemalam1650
mod_vvisit_counterMinggu Ini4649
mod_vvisit_counterMinggu Lepas12825
mod_vvisit_counterBulan Ini38402
mod_vvisit_counterBulan Lepas40323
mod_vvisit_counterKeseluruhan1546489

We have: 9 guests, 3 bots online
IP Anda: 54.204.200.90
 , 
Hari Ini: 23 Apr, 2014
Visitors Counter

Di Rak Maya

insights-document_cover_largeKlik buku untuk baca. Silakan...

 

schhol_libraries


Klik buku untuk baca. Silakan...

 
Kulit
Klik buku untuk baca. Silakan...

 

pelan strategik interim kpm

Klik buku untuk baca. Silakan...


 

ppp_COVER

 

Klik buku untuk baca. Silakan...

 

Lipatan Sejarah

Direktori


Joomla Template Download From Joomlatp.com Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, ftp account. Valid XHTML and CSS.