Tuesday 29th of July 2014

References / Rujukan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP

Tahukah Anda?

Konsep Pusat Sumber Sekolah

 

Konsep PSS adalah berasaskan kepada kefahaman bahawa seseorang murid itu berbeza antara satu sama lain dari segi gaya belajar, perilaku, perkembangan mental, kemahiran dan pengetahuan sedia ada.

 

Murid juga berbeza dari segi minat, bakat, kecerdasan, kebolehan, nilai dan sikap.

 

Proses P&P perlu diperkukuhkan dengan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan kaedah pengajaran.


 

Elemen Penting Dalam Program Pusat Sumber Sekolah:

 

-  Pengajaran dan Pembelajaran
-  Akses dan Penyampaian Maklumat
-  Pengurusan Program PSS


 

"Technology, computers and multimedia systems are necessary but not sufficient to ensure that the school is smart. The teaching-learning process is important, multimedia materials being the technology to generate the thinking process."

- Tan Sri Dr Wan Zahid Noordin, Mantan KPPM (The Star, 27 April 1997)


 

Pembelajaran Berasaskan Sumber Pendidikan

 

Pelaksanaan KBSR pada 1983 dan KBSM  pada 1987 mengutamakan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam kurikulum dan pengajaran.

 

Penubuhan rangkaian Pusat Sumber (BTP, BTPN, PTPB, PKG dan Pusat Sumber Sekolah) menunjukkan betapa serius dan komitednya KPM untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini terutamanya menggalakkan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam proses P&P.


 

Definisi Teknologi Pendidikan


Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


 

Lipatan Sejarah


Joomla Template Download From Joomlatp.com Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, ftp account. Valid XHTML and CSS.