logo

Thursday 24th of April 2014

Programs & Activities / Program & Aktiviti Anugerah Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2012
PDF Print Email
 

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

 

 

Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan mula dilaksanakan pada tahun 2003.

 

 

• Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca

• Meningkatkan minat membaca yang berterusan

• Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan masyarakat

• Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan

• Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda

• Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan

• Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti

 

 

30 peserta Anugerah NILAM 2012 akan dilibatkan dalam sesi Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan 2012 melalui pencalonan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing di bawah seliaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

 

 

• Calon yang dipilih telah membaca lebih dari 360 buah buku (bagi calon Sekolah Rendah) dan 288 buah buku (bagi calon Sekolah Menengah)

• Murid yang aktif menjalankan aktiviti Rakan Pembaca dan sekurang-kurangnya telah mendapat markah minimum 50 dalam Tahap Rakan Pembaca

• Terdiri daripada murid Darjah 6 dan Tingkatan 5

• Jumlah bacaan calon dibuktikan dengan rekod bacaan yang disahkan oleh sekolah dan panel penilai negeri (JPN/PPD/PTPB/BTPN/ PKG)

• Murid yang telah membaca kadar komposisi buku mengikut bahasa yang seimbang iaitu 60% buku Bahasa Melayu dan 40% buku Bahasa Inggerís.

• Calon telah dipilih oleh panel hakim peringkat negeri

 

 

Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2012 terdiri daripada 2 kategori seperti berikut:

• Sekolah Rendah

• Sekolah Menengah
 

 

Hadiah Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:

Pemenang Kategori
Sekolah Rendah Sekolah Menengah
Tokoh NILAM Wang Tunai RM 2000.00,  Piala dan Sijil
Kedua Wang Tunai RM 1500.00,  Piala dan Sijil
Ketiga Wang Tunai RM 1000.00, Piala dan Sijil
Saguhati 2 x RM 200.00 2 x RM 200.00

Nota: Hadiah wang tunai adalah sumbangan JK Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

 

 

Sila klik di bawah untuk memuat turun (download) borang-borang berkaitan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan 2012.

  • Muat turun Borang
    • Borang Pencalonan Anugerah NILAM Kebangsaan
    • Borang Guru Pengiring
    • Borang Kebenaran Ibubapa
Sila klik di bawah untuk memuat naik (upload) borang-borang yang telah dilengkapkan. Borang yang telah lengkap hendaklah sampai kepada urus setia (sama ada dimuat naik / emel ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) / pos) selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012 (Rabu).

 

 

 

e-Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini720
mod_vvisit_counterSemalam1550
mod_vvisit_counterMinggu Ini5441
mod_vvisit_counterMinggu Lepas12825
mod_vvisit_counterBulan Ini39194
mod_vvisit_counterBulan Lepas40323
mod_vvisit_counterKeseluruhan1547281

We have: 10 guests, 7 bots online
IP Anda: 54.198.148.191
 , 
Hari Ini: 24 Apr, 2014
Visitors Counter

Di Rak Maya

insights-document_cover_largeKlik buku untuk baca. Silakan...

 

schhol_libraries


Klik buku untuk baca. Silakan...

 
Kulit
Klik buku untuk baca. Silakan...

 

pelan strategik interim kpm

Klik buku untuk baca. Silakan...


 

ppp_COVER

 

Klik buku untuk baca. Silakan...

 

Lipatan Sejarah

Direktori


Joomla Template Download From Joomlatp.com Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, ftp account. Valid XHTML and CSS.