Thursday 23rd of October 2014

PDF Print Email

 

 

Resos Pembelajaran bertanggungjawab membangun dan menghasilkan e-Bahan sebagai bahan sokongan teknologi pendidikan sebagai memenuhi usaha yang inovatif dan kreatif.

Pembangunan e-Bahan dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut perkembangan teknologi terkini.

 

 

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan adalah seperti berikut:

• Perisian Kursus Sekolah Bestari

• Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

• Perisian Kursus Interaktif (CDRI)

• Perisian Kursus Audio/Video (CD Audio/Video)

• e-Bahan (e-Materials)

• e-Content

 

 

• Menggalakkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan

• Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

• Mengintegerasi bahan sokongan terbitan KPM dalam pengajaran dan pembelajaran

• Mempromosi pengurusan dan pentadbiran ICT di sekolah dengan lebih berkesan

 

 

• Memenuhi keperluan bahan sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui perspektif baru dengan cara meggabung jalin penggunaan teknologi ICT dan ‘multimedia’ seperti audio, video, grafik, ilustrasi dan animasi

• Memenuhi keperluan pendidikan Abad ke 21 melalui pedagogi serta ‘bentuk dan fungsi’ yang lebih baik

• Menggunakan kemudahan rangkaian Internet, jalur lebar, portal web sebagai pemacu perubahan dalam arus pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran

• Menambah baik dan memantapkan pelaksanaan Pembestarian Sekolah

• menyokong pelaksanaan 1BestariNet

 

 

Sejak 1997 sehingga 2010 sebanyak 4126 judul bahan pengajaran dan pembelajaran telah berjaya dibangunkan dan dihasilkan.

senarai judul

 

 

Judul-judul yang dibangunkan mengikut mata pelajaran bagi aliran sains, sastera, teknik dan vokasional yang diajar di sekolah rendah dan menengah.

 

Sila klik di bawah untuk melihat:

Senarai Terperinci Judul e-Bahan Yang Dibangunkan

 

1494 Bahan perisian kursus Sekolah Bestari telah dibangunkan dan dihasilkan bagi menyokong pelaksanaan dan pemantapan Sekolah Bestari.

Pada tahun 2003 – 2005, 630 bahan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dibangunkan.

Pada tahun 1999 – 2007, 300 bahan perisian kursus pendidikan CDRI (Compact Disc Read Only Interactive) telah dibangunkan. Kesemua bahan tersebut adalah hasilan Bahagian Teknologi Pendidikan dan Rangkaian, bahan Inovasi, Inovasi Video, Terjemahan/ PPSMI dan Terbitan Kreatif Guru.

Pada tahun 2004 – kini, 1641 judul e-Bahan dibangunkan merangkumi 25 mata pelajaran termasuk Teknik dan Vokasional.

Selaras dengan kemajuan TMKP yang menekankan proses pembelajaran tanpa sempadan, bahan pengajaran dan pembelajaran seperti e-alqamus dan English Proverbs boleh capai secara online.

 

 

Sila rujuk SENARAI JUDUL BAHAN PELBAGAI MEDIA 2008 terbitan BTP.

 

 

Semua e-Bahan yang telah dibangunkan boleh diakses melalui portal Learning Management System di URL: http://spp.moe.edu.my.

 

 

 

 

Tahukah Anda?

Konsep Pusat Sumber Sekolah

 

Konsep PSS adalah berasaskan kepada kefahaman bahawa seseorang murid itu berbeza antara satu sama lain dari segi gaya belajar, perilaku, perkembangan mental, kemahiran dan pengetahuan sedia ada.

 

Murid juga berbeza dari segi minat, bakat, kecerdasan, kebolehan, nilai dan sikap.

 

Proses P&P perlu diperkukuhkan dengan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan kaedah pengajaran.


 

Elemen Penting Dalam Program Pusat Sumber Sekolah:

 

-  Pengajaran dan Pembelajaran
-  Akses dan Penyampaian Maklumat
-  Pengurusan Program PSS


 

"Technology, computers and multimedia systems are necessary but not sufficient to ensure that the school is smart. The teaching-learning process is important, multimedia materials being the technology to generate the thinking process."

- Tan Sri Dr Wan Zahid Noordin, Mantan KPPM (The Star, 27 April 1997)


 

Pembelajaran Berasaskan Sumber Pendidikan

 

Pelaksanaan KBSR pada 1983 dan KBSM  pada 1987 mengutamakan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam kurikulum dan pengajaran.

 

Penubuhan rangkaian Pusat Sumber (BTP, BTPN, PTPB, PKG dan Pusat Sumber Sekolah) menunjukkan betapa serius dan komitednya KPM untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini terutamanya menggalakkan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam proses P&P.


 

Definisi Teknologi Pendidikan


Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


 

Lipatan Sejarah


Joomla Template Download From Joomlatp.com Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, ftp account. Valid XHTML and CSS.