logo

Thursday 17th of May 2012

This page require Adobe Flash 9.0 (or higher) plug in.

PDF Print Email
Tuesday, 15 May 2012 11:09

perkasa_pss

Sumber: Berita Harian, 15 Mei 2012

The Star, 15 May 2012 - DPM: Work to improve libraries

The New Straits Times, 15 May 2012 - Dr Mahathir named Malayia's reading icon

Last Updated on Tuesday, 15 May 2012 12:02
 
Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21 PDF Print Email
Written by Fadzliaton Zainudin   
Thursday, 10 May 2012 00:00

bengkel zon utara2

Gambar Peserta Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21:

Zon Utara|Tarikh: 8 - 11 Mei 2012|Tempat: BTPN Pulau Pinang

Klik untuk melihat gambar-gambar

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaan literasi maklumat di sekolah. Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pelaksanaan program dan aktiviti galakan membaca dan kemahiran maklumat.

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif PSS yang menjurus kepada pengurusan PSS abad ke-21 atau dikenali dengan nama seperti Pusat Sumber Digital atau Pusat Sumber merentas sempadan dan masa (ubiquitous). Oleh itu, mereka perlu diberi pendedahan, kesedaran, pengetahuan  (pedagogi, pengisian) dan kemahiran  berkaitan peranan mereka dalam pengurusan perubahan agar pembudayaan literasi maklumat di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Justeru, Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Abad Ke-21 dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada GPM supaya dapat diaplikasikan dalam pengurusan PSS masing-masing. Seramai 300 GPM dan 60 pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru di seluruh negara bakal mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan mengikut zon sepanjang tahun ini seperti berikut:

Zon

Tengah

Timur

Utara

Sabah/Labuan

Selatan

Sarawak

Tarikh

20 – 23 Feb 2012

27 – 30 Mac 2012

8 – 11 Mei 2012

22 – 25 Mei 2012

5 – 8 Jun 2012

19 – 22 Jun 2012

Tempat

BTPN Selangor

BTPN Pahang

BTPN Pulau Pinang

BTPN Sabah

BTPN Negeri Sembilan

BTPN Sarawak

Sasaran Peserta

50 GPM dan 10 pegawai BTP, BTPN, PKG bagi setiap zon

 

Pada akhir bengkel, semua peserta menghasilkan Portal Pusat Sumber Sekolah masing-masing yang dirangkaikan melalui Portal Pengurusan Sumber Pendidikan (http://bibliografi.moe.edu.my)  agar dapat mewujudkan satu rangkaian Pusat Sumber Digital yang komprehensif dan dapat diakses pada bila-bila masa di mana jua berdasarkan konsep ubiquitous library. Dengan kewujudan portal ini, murid dan guru dapat menggunakan kemudahan sumber pendidikan berbentuk digital dengan optimum. Hasrat untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat / nadi ilmu di sekolah akan tercapai dan lebih bermakna tanpa sebarang batasan waktu atau ruang yang memberi nilai tambah (added value) kepada Pusat Sumber Sekolah Induk dan rangkaiannya. Adalah diharapkan misi BTP dalam ‘pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan’ akan tercapai.

Sila klik Portal Peserta Zon Utara

Last Updated on Friday, 11 May 2012 08:56
 
Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21: Zon Utara PDF Print Email
zon_utara_2

 

Maklumat Bengkel

ARAHAN KEPADA PESERTA

  1. Sila lengkapkan 'Tinjauan (Pre-test)'.
  2. Sila isikan 'Maklum Balas Peserta' selepas setiap topik yang dibentangkan.
  3. Dalam kumpulan masing-masing,lengkapkan templet Tugasan Kumpulan dan Tugasan Penceramah (jika ada).
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.

 
Rak Buku Digital? PDF Print Email
Written by Fadzliaton Zainudin   
Thursday, 05 January 2012 22:50

Kita semua arif dengan rak buku berbentuk fizikal tetapi bagaimanakah rupa bentuk rak buku digital? Google telah memperkenalkan rak buku digital yang dipanggil "Infinite Digital Bookcase" baru-baru ini. Rak buku ini boleh dipusing dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah menggunakan tetikus. Rak ini mempunyai lebih daripada 10,000 judul daripada Google Books yang disusun dan dibahagi kepada 28 subjek.

Anda ingin cuba sendiri rak buku ini? Klik http://workshop.chromeexperiments.com/bookcase/. Anda juga berpeluang melayari buku-buku percuma hanya dengan memilih subjek "Free Books" yang terdapat pada Senarai Subjek.

Bacaan Lanjut

Last Updated on Friday, 06 January 2012 00:10
 

e-Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini510
mod_vvisit_counterSemalam994
mod_vvisit_counterMinggu Ini4020
mod_vvisit_counterMinggu Lepas8682
mod_vvisit_counterBulan Ini18111
mod_vvisit_counterBulan Lepas42043
mod_vvisit_counterKeseluruhan424841

We have: 5 guests, 7 bots online
IP Anda: 38.107.179.240
 , 
Hari Ini: 17 May, 2012
Visitors Counter

Tinjauan

Portal ini membantu saya mencari maklumat yang saya perlukan
 

Tahukah Anda?

Konsep Pusat Sumber Sekolah

 

Konsep PSS adalah berasaskan kepada kefahaman bahawa seseorang murid itu berbeza antara satu sama lain dari segi gaya belajar, perilaku, perkembangan mental, kemahiran dan pengetahuan sedia ada.

 

Murid juga berbeza dari segi minat, bakat, kecerdasan, kebolehan, nilai dan sikap.

 

Proses P&P perlu diperkukuhkan dengan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan kaedah pengajaran.


 

Elemen Penting Dalam Program Pusat Sumber Sekolah:

 

-  Pengajaran dan Pembelajaran
-  Akses dan Penyampaian Maklumat
-  Pengurusan Program PSS


 

Pembelajaran Berasaskan Sumber Pendidikan

 

Pelaksanaan KBSR pada 1983 dan KBSM  pada 1987 mengutamakan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam kurikulum dan pengajaran.

 

Penubuhan rangkaian Pusat Sumber (BTP, BTPN, PTPB, PKG dan Pusat Sumber Sekolah) menunjukkan betapa serius dan komitednya KPM untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini terutamanya menggalakkan penggunaan pelbagai sumber pendidikan dalam proses P&P.


 

Teknologi Pendidikan

 

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.


 

Lipatan Sejarah


Joomla Template Download From Joomlatp.com Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, ftp account. Valid XHTML and CSS.